hidup tidak seindah mana....
gembira, sedih...that is life....
hidup akan indah bila kita mencorakkan warna warni disertakan kenangan indah dan dicalit sedikit kasih sayng....
aku tidak ingin org mengagumi blog ini dan sesiapa yang membaca...
thank a lot...(sebab baca ceta mgarut aku)

enjoy..
sarangheyo..

Sabtu, 1 Oktober 2011

My Family My inspiration....


My inspiration/ inspirasiku…………
Keluargaku Inspirasiku




























Nama saya mira dan ini ialah cerita saya. Saya seorang yang tidak mempunyai seorang inspirasi tetapi mempunyai banyak inspirasi kerana bagi saya apabila seseorang membuat saya bersemangat untuk hidup dan memberi pengajaran yang baik dan membuat saya belajar dari kesalahan yang dia lakukan, itu adalah inspirasi yang sebenarnya. Bagi saya keluarga adalah inspirasi yang terbaik, keluarga merupakan seseorang yang paling dekat dengan kita. Sekiranya anda kata tidak mungkin itu anda tapi bagi saya, keluargalah yang memberi inspirasi keberadaan saya di tahap ini. Ibu, ayah, 2 orang abg, 2 orang kakak, orang yang lebih tua dari saya dan memberi inspirasi yang sangat kuat.

Sememangnya ibu adalah segalanya, sejak kecil ibu merupakan tongkat hidup.Ibu saya seorang yang sangat ringkas dengan keistimewaan tersendiri. Dia seorang yang agak kuat marah tetapi hanya ketika anak- anak dia membuat kesalahan yang memerlukan tekanan tegas bahawa perkara yang dilakukannya itu adalah salah, maka beliau akan marah. Sikap yang memberi inspirasi kepada saya ialah sikap tahu bertindak terutama pada waktu yang tidak dapat diduga. Sebagai contoh, apabila ayah saya meninggal dunia, ibu menguruskan segalanya, sememangnya abang dan kakak saya memang banyak membantu namun tanpa kekuatan beliau, dedikasi dan keputusan yang tepat mungkin hidup kami tidaklah terurus seperti sekarang, rumah yang pada ketika arwah meninggal belum siap sepenuhnya telah menjadi mahligai yang indah dan menjadi rumahku syurgaku bagi kami sekeluarga. Hidup tanpa suami tidak mematahkan semangat beliau untuk teruskan hidup. Semangat inilah yang saya pegang dan menaikkan semangat untuk saya terus mengharungi manis pahit hidup. Ramai lagi orang yang menyayangi, dan kematian seseorang bukan penamat buat kita yang masih hidup.

Ayah saya sememangnya banyak memberi pengaruh terutama dalam kerjaya, sehingga saya mahu menjadi guru sepertinya. Seorang guru yang berdedikasi dan sayang akan anak muridnya. Seluruh kampung amat mengenali dan menghormati beliau.  Sehingga kami sebagai anak juga amat dihormati oleh semua orang di kampung tersebut. Hidup di dalam kampung dan di mana jua, seseorang itu perlu hormat dan berkawan baik dengan orang lain. Itulah salah satu perkara yang membuat saya menjadi seorang yang sangat menghormati orang lain,terus berusaha untuk menjadi peramah dan mempunyai kawan yang ramai, bukan untuk diingati hanya ingin menjadi diantara kawan yang baik kepada semua.
















Sekiranya cerita tentang inspirasi ini dirungkai lebih dalam, sememangnya akan menjadi sebuah buku yang tebal, namun hanya beberapa inspirasi yang penting sahaja yang akan dirungkai. Antara lainnya, kakak adalah seorang pemberi inspirasi yang baik kepada saya. Saya sememangnya lebih rapat dengan kakak selain ibu. Dari kecil kakak tempat mengadu sehinggalah sekarang. Sememangnya saya ingin menyaingi kakak saya, mahu menjadi seorang yang lebih dari kakak saya. Jika kakak saya mendapat keputusan A dalam satu subjek begitu juga saya. Sememangnya tidak dapat kerana setiap orang mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun dari sudut lainnya kedua-dua kakak saya yang merupakan seorang guru memberi banyak dorongan dalam hidup, menjadi dewasa yang tahu menjaga diri, menjadi seorang anak yang ingat akan orang tuanya, menjadi seorang isteri yang bekerjaya dan hormat akan suami, serta menjadi seorang ibu yang sayang dan menghargai anak-anaknya .   

Kata- kata sememangnya tidak dapat merungkai perasaan seseorang. Seindah mana sesuatu ayat itu sememangnya tidak boleh mengalahkan tindakan yang dilakukan. Inspirasi menjadikan seseorang kuat dan bersemangat dan kadangkala menjadikan seseorang bertindak bijak mencipta sejarah. Bagi saya keluarga adalah inspirasi yang hebat dan segalanya bermula dengan keluarga.